Dunia Internet

Rahsia Online- Rahsia Penipuan Internet-5

February 13, 2007 · Leave a Comment

1.      PENDAPATAN MELALUI MEMBERI PENDAPAT ANDA TENTANG BUKU-BUKU TERTENTU (Books Reviewer Fraud)

Iklan yang memukau! “Tinggal di rumah, hanya perlu berkebolehan untuk membaca dan mempunyai minat untuk memberi pendapat anda (books reviewer). Pendapatan hingga USD30,000.00 sebulan”. Nampak menarik bukan.

Seperti biasa, anda perlu membayar yuran seumur hidup (one-time payment) pada nilai di antara USD10.00 ke USD100.00. Sebagai balasan mereka akan menghantarkan kepada anda atau melalui Digital Download senarai nama syarikat atau penerbit buku yang memerlukan pembaca untuk memberi pendapat tentang buku mereka. Sekali lagi syarat yang biasanya syarikat-syarikat ini perlukan adalah pengalaman anda di samping mempunyai kelulusan dalam bidang tertentu dan sebagainya.

Sebenarnya memang ada syarikat-syarikat yang sememangnya memerlukan khidmat pembaca untuk memberi pendapat mereka tetapi melalui saluran yang betul anda boleh menghubungi mereka secara terus tanpa membayar skim seperti ini sesen pun. Sekali lagi mereka mengaut keuntungan daripada yuran keahlian anda.

Categories: Bat Duit Baca Buku · rahsia Online

0 responses so far ↓

  • There are no comments yet...Kick things off by filling out the form below.

You must be logged in to post a comment.