1. PENDAPATAN MELALUI SURVEY ONLINE BERBAYAR (Paid Survey Online)
Would You Like To Earn Up To USD250.00 An Hour Taking Surveys Online?
Adakah Anda Inginkan Memperolehi Sehingga USD250.00 Sejam Melakukan Survey Online?
Sekali lagi, salah satu contoh iklan yang memaparkan peluang anda memperolehi pendapatan yang agak lumayan dengan hanya memberi pendapat anda. Sejauh manakah kebenarannya. Mari kita tinjau bersama di bawah ini.
Melalui program ini, syarikat pembuatan dan pengilang mendapatkan khidmat syarikat pengkaji pasaran untuk mendapatkan maklumat spesifik berkenaan dengan pelanggan yang menggunakan produk mereka atau produk saingan mereka bagi memperbaiki mutu produk-produk mereka yang akan dipasarkan.
Syarikat pengkaji pasaran mengupah syarikat survey online untuk
melaksanakan online survey. Peserta survey akan mengisi survey dan memberi pendapat mereka untuk dikumpulkan oleh syarikat survey online. Selepas tiap survey, syarikat survey online membekalkan “raw data survey” ini kembali kepada syarikat pengkaji pasaran. Mereka akan menganalisa data, membuat rumusan dan laporan terpeinci sebelum diserahkan hasil kajian kepada pengilang. Punca kewangan adalah daripada syarikat pembuatan.
SENARIO SEBENAR
Pelayar yang mencari sumber pendapatan melalui survey online biasanya akan mendapatkan maklumat atau peluang pendapatan malalui survey ini daripada syarikat atau agen yang menjual maklumat “Bagaimana menjawab survey online dan menjana pendapatan anda”. Biasanya maklumat ini dijual di dalam bentuk keahlian atau “report” pada harga USD24.95-USD34.95 .
Selepas menjadi ahli dan mengakses senarai data syarikat survey online, bakal peserta survey boleh memulakan “kerjayanya” ini dengan mendaftar dengan setiap syarikat survey online yang dipilihnya. Walaubagaimanapun pelayar hanyalah akan diberi peluang menjawab dan mendapatkan bayaran mengikut profil peribadi peserta.
Syarikat survey online yang membayar peserta survey online adalah terhad. Ketika pendaftaran anda perlu menyatakan profil anda, contohnya , “single white male, tinggal di Oklahama, USA atau “married Asian female, dari Petaling Jaya, Malaysia. Anda hanya boleh menyertai survey berdasarkan profil peribadi anda dan di mana anda tinggal. Bilamana limit peserta yang diperlukan telah tercapai, survey akan ditutup.
Sebenarnya peserta yang melayari internet untuk menjana pendapatan melalui survey online perlu berdaftar sebagai peserta survey bagi sebanyak mungkin Syarikat survey online dan perlu menjalankan secara aktif semua survey yang ditawarkan hampir 6 bulan ke atas sebelum mendapat apa-apa bayaran.
Bayaran pula adalah kurang daripada pendapatan minuman purata pekerja di Amerika Syarikat. Itupun sekiranya mereka benar-benar mendapat bayaran
daripada pihak Syarikat survey online.
Anggaran purata pendapatan bagi mereka yang melakukan survey online secara tekun adalah di antara USD 0 hingga USD$15.00 Sebulan.

