Dunia Internet

Entries categorized as ‘Buat Duit Email’

Analisa Kerja Jurutaip

March 7, 2007 · No Comments

ANALISA TENTANG “PENIPUAN EMAIL DAN ONLINE CLASIFIED” (EMAIL AND ONLINE CLASSIFIED SCAMS)

Bagaimanakah anda membezakan program atau skim yang benar dengan skim yang ingin menipu duit anda. Sebenarnya sekiranya ada syarikat yang memerlukan pekerja melalui Internet anda boleh menghubungi mereka terus dan memohon pekerjaan dari rumah secara percuma (Pekerjaan sebegini dipanggil Freelancer atau Telecommuter).

Walaubagaimanapun, jika anda masih mahu mencuba menyertai keahlian program mencari pekerjaan melalui Database mereka seperti di atas, anda perlu mengambil langkah di bawah ini untuk anda membuat keputusan sama ada program tersebut adalah betul dan sah atau hanya akan membazirkan masa dan kewangan anda.

 

Analisa yang perlu anda buat atau soalkan.

·        Apakah skop kerja atau tugasan anda?

·        Bagaimanakah anda akan menjalankan kerja ini? Minta mereka senaraikan semua langkah yang perlu anda lakukan untuk menjalankan kerja ini.

·        Adakah anda akan di bayar gaji atau komisen?

·        Siapakah majikan anda atau siapakah akan membayar anda?

·        Bilakah anda akan mendapat gaji pertama atau bayaran pertama anda?

·        Apakah jumlah keseluruhan yang akan anda laburkan atau kewangan yang terlibat untuk anda lakuan kerja ini? Ini termasuk dengan nilai yuran keahlian.

·        Apakah yang anda akan dapat dengan nilai yang telah anda laburkan ini?

Realitinya syarikat atau individu yang mempromosikan program sebegini hanyalah menjalankan promosi untuk mendapatkan yuran keahlian anda. Dan selebihnya anda perlu Selepas membelanjakan sejumlah wang untuk menyertai program-program atau skim-skim di atas, kemingkinan besar anda akan mengalami kerugian.

Program-program adan skim-skim ini secara amnya telah disiasat of Agensi Pos  Kebangsaan Amerika Syarikat di samping beberapa Agensi dan Pihak Berkuasa Amerika Syarikat yang lain dan kebanyakkan mereka adalah palsu atau hanya menguntungkan pihak yang menerima yuran keahlian.

Categories: Buat Duit Email · buat duit online

Rahsia Online- Rahsia Penipuan Online 8

February 19, 2007 · No Comments

1.    PENDAPATAN MELALUI SURVEY ONLINE BERBAYAR (Paid Survey Online)

Would You Like To Earn Up To USD250.00 An Hour Taking Surveys Online?

Adakah Anda Inginkan Memperolehi Sehingga USD250.00 Sejam Melakukan Survey Online?

 

Sekali lagi, salah satu contoh iklan yang memaparkan peluang anda memperolehi pendapatan yang agak lumayan dengan hanya memberi pendapat anda. Sejauh manakah kebenarannya. Mari kita tinjau bersama di bawah ini.

Melalui program ini, syarikat pembuatan dan pengilang mendapatkan khidmat syarikat pengkaji pasaran untuk mendapatkan maklumat spesifik berkenaan dengan pelanggan yang menggunakan produk mereka atau produk saingan mereka bagi memperbaiki mutu produk-produk mereka yang akan dipasarkan.

Syarikat pengkaji pasaran mengupah syarikat survey online untuk
melaksanakan online survey. Peserta survey akan mengisi survey dan memberi pendapat mereka untuk dikumpulkan oleh syarikat survey online. Selepas tiap survey, syarikat survey online membekalkan “raw data survey” ini kembali kepada syarikat pengkaji pasaran. Mereka akan menganalisa data, membuat rumusan dan laporan terpeinci sebelum diserahkan hasil kajian kepada pengilang. Punca kewangan adalah daripada syarikat pembuatan.

 SENARIO SEBENAR

Pelayar yang mencari sumber pendapatan melalui survey online biasanya akan mendapatkan maklumat atau peluang pendapatan malalui survey ini daripada syarikat atau agen yang menjual maklumat “Bagaimana menjawab survey online dan menjana pendapatan anda”.  Biasanya maklumat ini dijual di dalam bentuk keahlian atau “report” pada harga USD24.95-USD34.95 .

Selepas menjadi ahli dan mengakses senarai data syarikat survey online, bakal peserta survey boleh memulakan “kerjayanya” ini dengan mendaftar dengan setiap syarikat survey online yang dipilihnya.  Walaubagaimanapun pelayar hanyalah akan diberi peluang menjawab dan mendapatkan bayaran mengikut profil peribadi peserta.

Syarikat survey online yang membayar peserta survey online adalah terhad. Ketika pendaftaran anda perlu menyatakan profil anda, contohnya , “single white male, tinggal di Oklahama, USA atau “married Asian female, dari Petaling Jaya, Malaysia.  Anda hanya boleh menyertai survey berdasarkan profil peribadi anda dan di mana anda tinggal. Bilamana limit peserta yang diperlukan telah tercapai, survey akan ditutup.

Sebenarnya peserta yang melayari internet untuk menjana pendapatan melalui survey online perlu berdaftar sebagai peserta survey bagi sebanyak mungkin Syarikat survey online dan perlu menjalankan secara aktif semua survey yang ditawarkan hampir 6 bulan ke atas sebelum mendapat apa-apa bayaran.

Bayaran pula adalah kurang daripada pendapatan minuman purata pekerja di Amerika Syarikat. Itupun sekiranya mereka benar-benar mendapat bayaran

daripada pihak Syarikat survey online.

Anggaran purata pendapatan bagi mereka yang melakukan survey online secara tekun adalah di antara USD 0 hingga USD$15.00 Sebulan.

Categories: Baca Email Buat Duit · Buat Duit Email · Rahsia Penipuan Internet · berniaga online

Buat Duit Isi Envelopes - Rahsia Penipuan Internet -4

February 7, 2007 · No Comments

1.      MENGISI SURAT (Envelopes Stuffing Scam)

 

Iklannya berbunyi seperti berikut;

 

“Steady income for minimal labor - earn $2 each time you fold a brochure and seal it in an envelope! Send $20 for more details.”

 

“Pendapatan Tetap Kerja Mudah – RM2.00 Setiap kali anda mengisi Surat atau menulis.! Bayar $20.00 untuk maklumat lanjut.

Anda mungkin membayangkan anda tinggal di rumah dan mengisi atau menulis surat dan anda akan di bayar mengikut apa yang dijanjikan. Sebaliknya Skim ini biasanya akan memerlukan anda untuk mengikanlan skim yang sama di surat khabar, message board dan sudah tentunya melalui teknologi terkini – media internet.

Pengiklanan adalah dengan modal anda sendiri. Oleh kerana itu ramai yang mengambil peluang menggunakan media internet kerana kebanyakkan laman web yang menyediakan perkhidmatan Online Classified adalah percuma. Namun untuk menampakkan legitimasi peluang perniagaan ini anda digalakkan menggunakan iklan berbayar. Di Malaysia, program sebegini juga dijalankan melalui Sistem Pesanan Ringkas (SMS). Melalui skim-skim ini pelanggan seterusnya yang berminat dengan peluang ini akan membayar anda untuk menyertainya.

Pengasas skim ini biasanya akan mengambil keuntungan daripada yuran keahlian anda bernilai lebih kurang RM20.00 atau nilai penyertaan anda. Anda rugi daripada nilai stem dan kos pengiklanan anda dan juga dari yuran keahlian  program yang mana anda akan serahkan kepada pengasas skim ini. Samada secara sedar atau tidak apabila anda mematuhi arahan di dalam sistem ini anda sebenarnya juga akan menipu orang lain melalui sistem ini.

Biasanya skim ini mensasarkan kumpulan suri rumah yang hanya mahukan pendapatan kecil dan mengambil duit daripada mangsa yang lain.

Categories: Buat Duit Email · Rahsia Penipuan Internet · rahsia Online

Rahsia Penipuan Internet-2

February 3, 2007 · No Comments

1. PENIPUAN MELALUI EMAIL DAN ONLINE CLASSIFIED  (E-MAIL AND ONLINE CLASSIFIED SCAMS)

Penipuan melalui Email biasa di klasifikasikan sebagai Spam Email, tetapi ianya tidak semestinya Spam kerana kenalan kita maupun sahabat kita mungkin menghantar iklan kepada kita untuk menyertai program ini. Online Classified pula adalah iklan online. Anda akan bertemu dengan iklan online ini sebaik sahaja anda melayari Internet. Search Engine seperti Yahoo, MSN, Google akan menpromosikan iklan mereka mengikut keadaan atau thema anda. Sekiranya anda melayari laman web atau blog rakan anda, iklan tersebut mungkin ada di dalam betuk AdSense
Antara penipuan yang lazimnya menggunakan email dan “Online Clasified” adalah seperti di bawah. Anda biasanya menerima email dan membukanya , lantas ;

1.    DUIT PENDAHULUAN NIGERIAN (Nigerian Advance Fee Frauds)

Contohnya anda akan mendapat email yang bertulis seperti ini. Kandungan tulisan mungkin akan berubah-ubah tetapi tujuannya adalah sama:-

———————————————————————–
Lagos,
Attention: The President/CEO
Dear Sir,
Confidential Business Proposal
Having consulted with my colleagues and based on the information gathered from the Nigerian Chambers Of Commerce And Industry, I have the privilege to request your assistance to transfer the sum of $47,500,000.00 (forty seven million, five hundred thousand United States dollars) into your accounts. The above sum resulted from an over-invoiced contract, executed, commissioned and paid for about five years (5) ago by a foreign contractor. This action was however intentional and since then the fund has been in a suspense account at The Central Bank Of Nigeria Apex Bank.
We are now ready to transfer the fund overseas and that is where you come in. It is important to inform you that as civil servants, we are forbidden to operate a foreign account; that is why we require your assistance. The total sum will be shared as follows: 70% for us, 25% for you and 5% for local and international expenses incidental to the transfer.
The transfer is risk free on both sides. I am an accountant with the Nigerian National Petroleum Corporation (NNPC). If you find this proposal acceptable, we shall require the following documents:
(a) your banker’s name, telephone, account and fax numbers.
(b) your private telephone and fax numbers — for confidentiality and easy communication.
(c) your letter-headed paper stamped and signed.
Alternatively we will furnish you with the text of what to type into your letter-headed paper, along with a breakdown explaining, comprehensively what we require of you. The business will take us thirty (30) working days to accomplish.
Please reply urgently.
Best regards
Howgul Abul Arhu
———————————————————————————————————————

Penipuan ini lebih ditujukan kepada individu atau syarikat di dunia barat, kerana ianya melibat nilai kewangan yang agak tinggi. Penipuan ini juga disertai oleh kakitangan awam beberapa buah Negara Afrika yang korup untuk meyakinkan pelaburan individu atau syarikat barat.  Ianya melibatkan beberapa orang berjawatan tinggi di dalam kerajaan dan agensi-agensi kerajaan.
Penipuan ini juga melibatkan kehadiran mangsa ke negeri terbabit. Mangsa mendapat keyakinan dari skim ini setelah mendapat pengesahan daripada pegawai agensi kerajaan yang berkenaan bahawa perkara ini adalah benar. Setelah kembali ke negaranya, mangsa akan menyalurkan wang pendahuluan yang diperlukan yang pastinya lesap. Apabila berada di negara berkenaan, mangsa juga  perlu mengeluarkan duit untuk rasuah dan perbelanjaan yang tidak sepatutnya.
Email yang diolah didalam pelbagai ragam dan gaya ini hanyalah untuk menyakinkan anda bahawa ada wang yang tersimpan di Sesebuah Negara yang mana anda boleh membantu untuk mengeluarkanya dengan hanya memberikan no akaun anda, letterhead syarikat anda atau yang lainnya.
Saya tidak perlu menerangkan secara panjang lebar berkenaan dengan Nigerian Scam ini kerana ianya adalah amat jelas dan ianya hanyalah akan melibatkan individu yang benar-benar mempunyai kewangan yang banyak yang disasarkan oleh kumpulan ini.

Sebagai iktibar berikut adalah kenyataan mengenai skim ini.

1.    Januari 5, 2001, Timbalan Gabenor Bank Pusat Nigeria (Central Bank of Nigeria),  M.M.R Rasheed telah didakwa di Mahkamah Persekutuan Amerika Syarikat atas dakwaan menipu dan memberikan kenyataan palsu berhubung penglibatan terus beliau dengan skim ini dan juga penglibatan beliau di dalam akaun bank luar pantai (Offshore Bank).
2.    Anggaran kerugian melalui penipuan ini adalah USD satu million sehari di Amerika Syarikat sahaja.

Corak Nigerian Scam ini mungkin juga telah di adaptasi  di dalam pelbagai bentuk. Mungkin individu di Nigeria ini adalah bijak seperti Sang Kancil yang pandai menipu Sang Gajah atau Harimau. Mereka telah berpindah ke variasi yang melibatkan pengguna Ebay, mencuri database peniaga dan menghantar check atau permohonan palsu. Berhati hatilah sekiranya anda menerima email daripada mana- mana negara atau individu  yang menpunyai nama berbau Afrika.

Categories: Buat Duit Email · Rahsia Penipuan Internet