Dunia Internet

Entries categorized as ‘Buat Duit PC’

Rahsia Online- Rahsia Penipuan Internet-6

February 13, 2007 · No Comments

1.      GUNAKAN PC ANDA UNTUK PENDAPATAN (Home Based Computer Work Fraud)

  “PC Users - do overflow work and earn $14/hr with Data Entry and Word Processing from the comfort of your home, anywhere in the world!”

Gunakan Komputer anda bagi menjana pendapatan $14 sejam melalui Kerja Menaip dan Kemasukkan Data hanya Dari Rumah Anda, di mana juga anda berada”

Di dalam program ini anda sekali lagi perlu menjadi ahli untuk mendapat akses ke database laman web mereka. Bayaran adalah kepada Pemilik Program ini samada secara yuran seumur hidup (one-time payment) atau secara setiap bulan (monthly fee) selagi anda ingin mengakses peluang pekerjaan melalui database mereka. Database program sebegini mempunyai senarai nama syarikat-syarikat yang memerlukan khidmat jurutaip luar (outsourcing typist).

Anda perlu menghubungi syarikat-syarikat berkenaan melalui email dan mendaftar dengan mereka. Anda juga mesti mempunyai kelayakan tertentu di samping menepati kriteria-kriteria yang telah ditetapkan oleh syarikat berkenaan. Melalui program sebegini anda berkemungkinan untuk mendapat pekerjaan secara freelance daripada syarikat-syarikat tertentu. Tetapi realitinya peluang anda amatlah tipis.

Sebenarnya syarikat-syarikat yang benar-benar menghendaki pekerja sambilan secara global adalah amat terhad. Kebanyakkan kerja-kerja freelance ini hanya tertumpu kepada mereka dari negara syarikat-syarikat terbabit iaitu Amerika Syarikat, Canada dan United Kingdom. Database yang diberikan kepada anda itu sebenarnya adalah “Outdated”. Apabila anda menghubungi syarikat berkenaan, mereka akan memberitahu bahawa kekosongan terbabit telah dipenuhi. Perlu diingatkan bahawa syarikat-syarikat ini memang benar memerlukan kekosongan beberapa bulan atau minggu yang lalu tetapi oleh kerana anda hanya mendapat senarai data syarikat yang “Outdated” dari program sebegini, peluang pekerjaan freelance yang legitimate amatlah tipis.

Jika anda bernasib baik mendapat pekerjaan freelance ini pula, bayarannya pula bukanlah USD14.00 sejam seperti yang dilaungkan diiklan pemilik program sebegini. Kadar bayaran sebenar biasanya adalah di antara USD1.00 ke USD2.00 sejam. Itupun kerjanya tidaklah tetap, bergantung kepada adanya kerja. 

Jadi sekiranya anda mengambil kira kembali bayaran anda sebanyak USD19.99 atau lebih untuk mengakses peluang pekerjaan melalui database mereka, ditambah dengan bayaran bulanan yang perlu anda bayar, ianya tentulah tidak berbaloi. Kebiasaannya selepas beberapa bulan, anda masih lagi belum menerima apa-apa tawaran pekerjaan secara freelance ini. 

Categories: Buat Duit PC · Rahsia Penipuan Internet · rahsia Online