Dunia Internet

Entries categorized as ‘Buat Duit Taip’

Buat Duit Dengan Menaip - Rahsia Online 9

February 22, 2007 · No Comments

1.    JURUTAIP BEKERJA DARI RUMAH (Work At Home Typist)

“If you are looking for a Work At Home Career with a Company that provides Unlimited Income Paid Monthly without any selling. Earn $.25 per adplacing PLUS Recruitment Commission. Flexible Working Hours.  Worldwide Position Open.  Full Support and Training. Freelance Home Typist”.

Ini adalah satu lagi program yang menjanjikan kebebasan kerjaya anda dari rumah dengan bantuan penuh dari pihak syarikat. Syarikat-syarikat program “Work At Home Typist” ini  biasanya mendakwa menpunyai kerja menaip untuk mereka yang boleh menaip dari rumah.

Untuk melakukan kerjaya ini Jurutaip perlu membayar yuran keahlian diantara USD$10.00 ke USD80.00 atau lebih untuk mendapatkan manual lengkap dalam menceburi kerjaya sebagai seorang “Home Typist” yang berjaya. Selepas pembayaran menjadi ahli, penaip akan diberikan Kit atau Manual Lengkap berkenaan secara “Digital Download” bagi memulakan kerjaya baru ini dan menjana pendapatan.

Kit ini sebenarnya hanyalah mengandungi cara-cara untuk mempromosikan program ini di seluruh dunia terutamanya menggunakan teknologi internet.  Ianya termasuklah cara bagaimana untuk meletakkan iklan-iklan di pelbagai tempat termasuk secara “Online” dan “Offline”. Ia juga disertakan perkataan-perkataan “pemukau” atau Hypnotic Words dalam bahasa Inggeris yang boleh mempengaruhi prospek di samping beberapa teknik-teknik promosi dan pemasaran yang lain, yang mana kebanyakkannya boleh diperolehi secara percuma di internet. 

Secara dasarnya kerja anda sebagai penaip adalah untuk menaip iklan mempromosikan syarikat yang menjual program “Work At Home Typist” ini secara “online” atau “offline”. Untuk setiap penaip baru yang direkrut anda akan mendapat komisen di antara USD5.00 hingga USD15.00.

Melalui pekerjaan ini peserta sebenarnya tidaklah akan menjadi seorang “Freelancer” yang berjaya, tetapi hanyalah akan tolong mempromosikan syarikat-syarikat sebegini menipu lebih ramai orang.

Categories: Buat Duit Taip