Dunia Internet

Entries categorized as ‘Rahsia Penipuan Internet’

Rahsia Online- Rahsia Penipuan Online 8

February 19, 2007 · No Comments

1.    PENDAPATAN MELALUI SURVEY ONLINE BERBAYAR (Paid Survey Online)

Would You Like To Earn Up To USD250.00 An Hour Taking Surveys Online?

Adakah Anda Inginkan Memperolehi Sehingga USD250.00 Sejam Melakukan Survey Online?

 

Sekali lagi, salah satu contoh iklan yang memaparkan peluang anda memperolehi pendapatan yang agak lumayan dengan hanya memberi pendapat anda. Sejauh manakah kebenarannya. Mari kita tinjau bersama di bawah ini.

Melalui program ini, syarikat pembuatan dan pengilang mendapatkan khidmat syarikat pengkaji pasaran untuk mendapatkan maklumat spesifik berkenaan dengan pelanggan yang menggunakan produk mereka atau produk saingan mereka bagi memperbaiki mutu produk-produk mereka yang akan dipasarkan.

Syarikat pengkaji pasaran mengupah syarikat survey online untuk
melaksanakan online survey. Peserta survey akan mengisi survey dan memberi pendapat mereka untuk dikumpulkan oleh syarikat survey online. Selepas tiap survey, syarikat survey online membekalkan “raw data survey” ini kembali kepada syarikat pengkaji pasaran. Mereka akan menganalisa data, membuat rumusan dan laporan terpeinci sebelum diserahkan hasil kajian kepada pengilang. Punca kewangan adalah daripada syarikat pembuatan.

 SENARIO SEBENAR

Pelayar yang mencari sumber pendapatan melalui survey online biasanya akan mendapatkan maklumat atau peluang pendapatan malalui survey ini daripada syarikat atau agen yang menjual maklumat “Bagaimana menjawab survey online dan menjana pendapatan anda”.  Biasanya maklumat ini dijual di dalam bentuk keahlian atau “report” pada harga USD24.95-USD34.95 .

Selepas menjadi ahli dan mengakses senarai data syarikat survey online, bakal peserta survey boleh memulakan “kerjayanya” ini dengan mendaftar dengan setiap syarikat survey online yang dipilihnya.  Walaubagaimanapun pelayar hanyalah akan diberi peluang menjawab dan mendapatkan bayaran mengikut profil peribadi peserta.

Syarikat survey online yang membayar peserta survey online adalah terhad. Ketika pendaftaran anda perlu menyatakan profil anda, contohnya , “single white male, tinggal di Oklahama, USA atau “married Asian female, dari Petaling Jaya, Malaysia.  Anda hanya boleh menyertai survey berdasarkan profil peribadi anda dan di mana anda tinggal. Bilamana limit peserta yang diperlukan telah tercapai, survey akan ditutup.

Sebenarnya peserta yang melayari internet untuk menjana pendapatan melalui survey online perlu berdaftar sebagai peserta survey bagi sebanyak mungkin Syarikat survey online dan perlu menjalankan secara aktif semua survey yang ditawarkan hampir 6 bulan ke atas sebelum mendapat apa-apa bayaran.

Bayaran pula adalah kurang daripada pendapatan minuman purata pekerja di Amerika Syarikat. Itupun sekiranya mereka benar-benar mendapat bayaran

daripada pihak Syarikat survey online.

Anggaran purata pendapatan bagi mereka yang melakukan survey online secara tekun adalah di antara USD 0 hingga USD$15.00 Sebulan.

Categories: Baca Email Buat Duit · Buat Duit Email · Rahsia Penipuan Internet · berniaga online

Rahsia Online- Rahsia Penipuan Online-7

February 15, 2007 · No Comments

 

1.    Dibayar Untuk Membaca Email Dengan Penuh Keselesaan dari Rumah!

 

Begitulah di antara paparan iklan program “Dibayar Untuk Membaca Email”. Walaupun kebiasaannya anda tidak perlu membayar apa-apa untuk mendaftar sebagai ahli program-program “Dibayar Untuk Membaca Email” ini, ada juga program yang memerlukan anda “Upgrade” keahlian anda ke status “Gold” atau “Platinum” jika anda inginkan pembayaran yang lebih tinggi bagi setiap email yang dibaca.

Secara keseluruhannya, beginilah model “Dibayar Untuk Membaca Email” ini:-

Di dalam program ini peniaga-peniaga akan mengiklankan produk mereka melalui “Syarikat Pengiklanan Melalui Email”, yang mempunyai senarai atau kumpulan pembaca-pembaca email atau “Paid to Read Email (PTRE) Participants” tersendiri. Syarikat ini akan menghantar iklan-iklan terbabit kepada peserta PTRE yang akan membuka email mereka, melihat dan klik pada iklan-iklan tersebut.

Peserta PTRE akan dibayar mengikut kadar yang telah ditetapkan oleh “Syarikat Pengiklanan Melalui Email”. Syarikat ini pula menetapkan pembayaran bergantung kepada jumlah harga pengiklanan yang mereka perolehi dari peniaga-peniaga. Biasanya di dalam lingkungan USD 0.01 ke $ 0.05 bagi setiap iklan yang dilihat dan diklik. Peniaga-peniaga pula mengiklan perniagaan atau produk  mereka dengan kaedah ini dengan harapan mereka akan mendapat ramai pelanggan setelah dijanjikan oleh “Syarikat Pengiklanan Melalui Email” bahawa iklan-iklan mereka akan dibaca khusus oleh “pelanggan sasaran mereka” atau target market mereka.

SENARIO SEBENAR


Peserta PTRE biasanya tidaklah berminat terhadap iklan yang dihantar, tetapi mengklik pada iklan terbabit juga disebabkan akan menerima bayaran pada kadar tertentu daripada “Syarikat Pengiklanan Melalui Email”.

Peniaga-peniaga biasanya tidak akan mendapat keuntungan daripada pelaburan yang dikeluarkan untuk promosi pengiklanan cara ini kerana yang melihat iklan-iklan mereka ini bukanlah target market mereka yang sebenar.

Iklan melalui email kaedah ini juga terhad sebenarnya kerana tidak ramai peniaga-peniaga yang akan berterusan menggunakan khidmat sebegini memandangkan pulangan pelaburan (ROI) menerusi kaedah pengiklanan ini jika adapun adalah terlalu kecil.

Peluang pendapatan sebenar bagi mereka yang menjadikan program “Paid to Read Email” ini sebagai sumber pendapatan biasanya adalah di antara USD 0 - USD5.00 sebulan.

Categories: Baca Email Buat Duit · Rahsia Penipuan Internet · rahsia Online

Rahsia Online- Rahsia Penipuan Internet-6

February 13, 2007 · No Comments

1.      GUNAKAN PC ANDA UNTUK PENDAPATAN (Home Based Computer Work Fraud)

  “PC Users - do overflow work and earn $14/hr with Data Entry and Word Processing from the comfort of your home, anywhere in the world!”

Gunakan Komputer anda bagi menjana pendapatan $14 sejam melalui Kerja Menaip dan Kemasukkan Data hanya Dari Rumah Anda, di mana juga anda berada”

Di dalam program ini anda sekali lagi perlu menjadi ahli untuk mendapat akses ke database laman web mereka. Bayaran adalah kepada Pemilik Program ini samada secara yuran seumur hidup (one-time payment) atau secara setiap bulan (monthly fee) selagi anda ingin mengakses peluang pekerjaan melalui database mereka. Database program sebegini mempunyai senarai nama syarikat-syarikat yang memerlukan khidmat jurutaip luar (outsourcing typist).

Anda perlu menghubungi syarikat-syarikat berkenaan melalui email dan mendaftar dengan mereka. Anda juga mesti mempunyai kelayakan tertentu di samping menepati kriteria-kriteria yang telah ditetapkan oleh syarikat berkenaan. Melalui program sebegini anda berkemungkinan untuk mendapat pekerjaan secara freelance daripada syarikat-syarikat tertentu. Tetapi realitinya peluang anda amatlah tipis.

Sebenarnya syarikat-syarikat yang benar-benar menghendaki pekerja sambilan secara global adalah amat terhad. Kebanyakkan kerja-kerja freelance ini hanya tertumpu kepada mereka dari negara syarikat-syarikat terbabit iaitu Amerika Syarikat, Canada dan United Kingdom. Database yang diberikan kepada anda itu sebenarnya adalah “Outdated”. Apabila anda menghubungi syarikat berkenaan, mereka akan memberitahu bahawa kekosongan terbabit telah dipenuhi. Perlu diingatkan bahawa syarikat-syarikat ini memang benar memerlukan kekosongan beberapa bulan atau minggu yang lalu tetapi oleh kerana anda hanya mendapat senarai data syarikat yang “Outdated” dari program sebegini, peluang pekerjaan freelance yang legitimate amatlah tipis.

Jika anda bernasib baik mendapat pekerjaan freelance ini pula, bayarannya pula bukanlah USD14.00 sejam seperti yang dilaungkan diiklan pemilik program sebegini. Kadar bayaran sebenar biasanya adalah di antara USD1.00 ke USD2.00 sejam. Itupun kerjanya tidaklah tetap, bergantung kepada adanya kerja. 

Jadi sekiranya anda mengambil kira kembali bayaran anda sebanyak USD19.99 atau lebih untuk mengakses peluang pekerjaan melalui database mereka, ditambah dengan bayaran bulanan yang perlu anda bayar, ianya tentulah tidak berbaloi. Kebiasaannya selepas beberapa bulan, anda masih lagi belum menerima apa-apa tawaran pekerjaan secara freelance ini. 

Categories: Buat Duit PC · Rahsia Penipuan Internet · rahsia Online

Rahsia Online - Rahsia Penipuan Online 4

February 13, 2007 · No Comments

Anda membayangkan anda akan dapat mempunyai produk terbaru dan juga menjadi pengguna awal (Consumer Tester). Sebenarnya skim ini seperti juga skim yang lain akan mengambil keuntungan daripada yuran penyertaan anda di samping tindakan susulan biasanya anda perlu membayar kos penghantaran dan pengurusan (Shipping and Handling) yang tinggi daripada nilai produk sebenar.

Individu atau syarikat yang terlibat di dalam skim ini mengaut keuntungan daripada yuran keahlian dan harga yang tinggi untuk barangan yang murah dan tidak berkualiti. Barangan-barangan ini juga kebanyakkannya adalah Rejected Lots atau barangan tidak menepati piawaian daripada syarikat-syarikat pengeluar dan pengilang yang mereka dapati secara murah secara “Black Market”.

Categories: Rahsia Penipuan Internet · rahsia Online

Buat Duit Isi Envelopes - Rahsia Penipuan Internet -4

February 7, 2007 · No Comments

1.      MENGISI SURAT (Envelopes Stuffing Scam)

 

Iklannya berbunyi seperti berikut;

 

“Steady income for minimal labor - earn $2 each time you fold a brochure and seal it in an envelope! Send $20 for more details.”

 

“Pendapatan Tetap Kerja Mudah – RM2.00 Setiap kali anda mengisi Surat atau menulis.! Bayar $20.00 untuk maklumat lanjut.

Anda mungkin membayangkan anda tinggal di rumah dan mengisi atau menulis surat dan anda akan di bayar mengikut apa yang dijanjikan. Sebaliknya Skim ini biasanya akan memerlukan anda untuk mengikanlan skim yang sama di surat khabar, message board dan sudah tentunya melalui teknologi terkini – media internet.

Pengiklanan adalah dengan modal anda sendiri. Oleh kerana itu ramai yang mengambil peluang menggunakan media internet kerana kebanyakkan laman web yang menyediakan perkhidmatan Online Classified adalah percuma. Namun untuk menampakkan legitimasi peluang perniagaan ini anda digalakkan menggunakan iklan berbayar. Di Malaysia, program sebegini juga dijalankan melalui Sistem Pesanan Ringkas (SMS). Melalui skim-skim ini pelanggan seterusnya yang berminat dengan peluang ini akan membayar anda untuk menyertainya.

Pengasas skim ini biasanya akan mengambil keuntungan daripada yuran keahlian anda bernilai lebih kurang RM20.00 atau nilai penyertaan anda. Anda rugi daripada nilai stem dan kos pengiklanan anda dan juga dari yuran keahlian  program yang mana anda akan serahkan kepada pengasas skim ini. Samada secara sedar atau tidak apabila anda mematuhi arahan di dalam sistem ini anda sebenarnya juga akan menipu orang lain melalui sistem ini.

Biasanya skim ini mensasarkan kumpulan suri rumah yang hanya mahukan pendapatan kecil dan mengambil duit daripada mangsa yang lain.

Categories: Buat Duit Email · Rahsia Penipuan Internet · rahsia Online

Rahsia Penipuan Online -3

February 5, 2007 · No Comments

REALITI SEBENAR KERJA DI RUMAH

Keadaan sebenarnya mereka hanyalah inginkan anda membayar yuran keahlian melalui pembelian manual, kit atau cara untuk menjalankan kerja ini. Biasanya selepas membayar anda akan mendapat buku mengenai program ini melalui muat-turun secara digital (online download) atau melalui pos. Pada dasarnya program-program ini memerlukan anda mempromosikan peluang perniagaan ini kepada orang lain termasuk juga untuk mengajak kawan-kawan anda untuk membeli “Manual Peluang Perniagaan’” ini. Anda akan mendapat komisen melalui referral bagi setiap pembelian. Anda juga akan mendapat senarai syarikat yang akan membayar anda untuk membuat “kerja di rumah” ini. Senarai Syarikat ini pula tidaklah banyak, dan lebih menyedihkan lagi anda perlu menghubungi setiap syarikat tersebut sendiri dan kebiasaannya syarikat tersebut menghendaki anda membeli starter-kit sebelum anda boleh memulakan “kerjaya” anda. Ini menyebabkan anda terpaksa mengeluarkan duit anda lagi untuk tujuan tersebut. Lebih menyusahkan lagi syarikat-syarikat ini selalunya akan menghendaki anda menyertai sesi atau module latihan mereka sebelum anda boleh bekerja di rumah, dan ini juga anda terpaksa membayar.

Akhirnya, kebiasannya anda terpaksa “melabur” suatu jumlah yang besar dan INILAH SEBENARNYA HASIL KEUNTUNGAN SYARIKAT-SYARIKAT INI.

Apa yang anda perolehi dari starter-kit atau module latihan syarikat ini kononnya membolehkan anda “memasangkan” produk syarikat berkenaan secara sendiri dari rumah. Sekali lagi anda dikehendaki membayar sejumlah wang bagi penghantaran batch pertama produk separa-siap bagi anda meyiapkannya (memasang sendiri dari rumah). Setelah anda bertungkus-lumus menyiapkan produk-produk tersebut mengikut jumlah yang ditentukan oleh syarikat berkenaan – contohnya 50 unit (minimum “submission” produk siap untuk melayakkan anda dibayar), andapun akan menghantar (pada kos anda sendiri) hasil “kerja” anda. Beberapa minggu kemudian anda mendapat surat dari syarikat-syarikat ini memberitahu anda bahawa:-

 “Dukacita dimaklumkan setelah memeriksa hasil produk siap pemasangan anda kami dapati semuanya adalah tidak menepati spesifikasi produk siap yang kami kehendaki. Ianya tidak lulus piawaian terakhir bahagian Quality Control syarikat sebelum siap untuk dibungkuskan. Oleh itu pihak syarikat tidak dapat membayar anda hasil dari kerja ini”. 
Begitulah kesudahannya keadaan sebenar yang dialami oleh berjuta-juta orang yang telah mengikuti program-program sebegini dari seluruh dunia.

Categories: Rahsia Penipuan Internet · rahsia Online

Rahsia Penipuan Internet-2

February 3, 2007 · No Comments

1. PENIPUAN MELALUI EMAIL DAN ONLINE CLASSIFIED  (E-MAIL AND ONLINE CLASSIFIED SCAMS)

Penipuan melalui Email biasa di klasifikasikan sebagai Spam Email, tetapi ianya tidak semestinya Spam kerana kenalan kita maupun sahabat kita mungkin menghantar iklan kepada kita untuk menyertai program ini. Online Classified pula adalah iklan online. Anda akan bertemu dengan iklan online ini sebaik sahaja anda melayari Internet. Search Engine seperti Yahoo, MSN, Google akan menpromosikan iklan mereka mengikut keadaan atau thema anda. Sekiranya anda melayari laman web atau blog rakan anda, iklan tersebut mungkin ada di dalam betuk AdSense
Antara penipuan yang lazimnya menggunakan email dan “Online Clasified” adalah seperti di bawah. Anda biasanya menerima email dan membukanya , lantas ;

1.    DUIT PENDAHULUAN NIGERIAN (Nigerian Advance Fee Frauds)

Contohnya anda akan mendapat email yang bertulis seperti ini. Kandungan tulisan mungkin akan berubah-ubah tetapi tujuannya adalah sama:-

———————————————————————–
Lagos,
Attention: The President/CEO
Dear Sir,
Confidential Business Proposal
Having consulted with my colleagues and based on the information gathered from the Nigerian Chambers Of Commerce And Industry, I have the privilege to request your assistance to transfer the sum of $47,500,000.00 (forty seven million, five hundred thousand United States dollars) into your accounts. The above sum resulted from an over-invoiced contract, executed, commissioned and paid for about five years (5) ago by a foreign contractor. This action was however intentional and since then the fund has been in a suspense account at The Central Bank Of Nigeria Apex Bank.
We are now ready to transfer the fund overseas and that is where you come in. It is important to inform you that as civil servants, we are forbidden to operate a foreign account; that is why we require your assistance. The total sum will be shared as follows: 70% for us, 25% for you and 5% for local and international expenses incidental to the transfer.
The transfer is risk free on both sides. I am an accountant with the Nigerian National Petroleum Corporation (NNPC). If you find this proposal acceptable, we shall require the following documents:
(a) your banker’s name, telephone, account and fax numbers.
(b) your private telephone and fax numbers — for confidentiality and easy communication.
(c) your letter-headed paper stamped and signed.
Alternatively we will furnish you with the text of what to type into your letter-headed paper, along with a breakdown explaining, comprehensively what we require of you. The business will take us thirty (30) working days to accomplish.
Please reply urgently.
Best regards
Howgul Abul Arhu
———————————————————————————————————————

Penipuan ini lebih ditujukan kepada individu atau syarikat di dunia barat, kerana ianya melibat nilai kewangan yang agak tinggi. Penipuan ini juga disertai oleh kakitangan awam beberapa buah Negara Afrika yang korup untuk meyakinkan pelaburan individu atau syarikat barat.  Ianya melibatkan beberapa orang berjawatan tinggi di dalam kerajaan dan agensi-agensi kerajaan.
Penipuan ini juga melibatkan kehadiran mangsa ke negeri terbabit. Mangsa mendapat keyakinan dari skim ini setelah mendapat pengesahan daripada pegawai agensi kerajaan yang berkenaan bahawa perkara ini adalah benar. Setelah kembali ke negaranya, mangsa akan menyalurkan wang pendahuluan yang diperlukan yang pastinya lesap. Apabila berada di negara berkenaan, mangsa juga  perlu mengeluarkan duit untuk rasuah dan perbelanjaan yang tidak sepatutnya.
Email yang diolah didalam pelbagai ragam dan gaya ini hanyalah untuk menyakinkan anda bahawa ada wang yang tersimpan di Sesebuah Negara yang mana anda boleh membantu untuk mengeluarkanya dengan hanya memberikan no akaun anda, letterhead syarikat anda atau yang lainnya.
Saya tidak perlu menerangkan secara panjang lebar berkenaan dengan Nigerian Scam ini kerana ianya adalah amat jelas dan ianya hanyalah akan melibatkan individu yang benar-benar mempunyai kewangan yang banyak yang disasarkan oleh kumpulan ini.

Sebagai iktibar berikut adalah kenyataan mengenai skim ini.

1.    Januari 5, 2001, Timbalan Gabenor Bank Pusat Nigeria (Central Bank of Nigeria),  M.M.R Rasheed telah didakwa di Mahkamah Persekutuan Amerika Syarikat atas dakwaan menipu dan memberikan kenyataan palsu berhubung penglibatan terus beliau dengan skim ini dan juga penglibatan beliau di dalam akaun bank luar pantai (Offshore Bank).
2.    Anggaran kerugian melalui penipuan ini adalah USD satu million sehari di Amerika Syarikat sahaja.

Corak Nigerian Scam ini mungkin juga telah di adaptasi  di dalam pelbagai bentuk. Mungkin individu di Nigeria ini adalah bijak seperti Sang Kancil yang pandai menipu Sang Gajah atau Harimau. Mereka telah berpindah ke variasi yang melibatkan pengguna Ebay, mencuri database peniaga dan menghantar check atau permohonan palsu. Berhati hatilah sekiranya anda menerima email daripada mana- mana negara atau individu  yang menpunyai nama berbau Afrika.

Categories: Buat Duit Email · Rahsia Penipuan Internet